Aktiviti / Berita

TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM 2024!Pihak Kolej Profesional MARA (KPM) Indera Mahkota merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.Kejayaan ini adalah bukti komitmen, usaha gigih serta semangat juang yang tinggi dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Kami amat berbangga dengan pencapaian anda semua!Buat para pelajar yang masih belum mencapai keputusan seperti yang diimpikan, jangan putus asa. Ingatlah, SPM hanyalah satu langkah awal dalam perjalanan hidup yang panjang. Masih banyak ruang dan peluang yang menanti. Teruskan berusaha, tingkatkan potensi diri dan yakinlah bahawa masa depan anda tetap cerah.KPM Indera Mahkota sentiasa menyokong aspirasi pelajar untuk terus melangkah jauh dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus maju dan berjaya pada masa akan datang.β€œJOM MASUK KPM!”Untuk informasi terkini berkaitan KPMIM, follow kami di :IG : www.instagram.com/kpminderamahkota?igsh=MTluY2FnZmJ4b2Q1Nw==Tiktok : www.tiktok.com/@kpmimoffical?_t=ZS-8vi5ElWMJx1&_r=1Channel Whatsapp : whatsapp.com/channel/0029VaPeq65GufInEgSYYB1Q#TahniahSPM2024#KPMInderaMahkota#MelangkahKeMasaDepan#TerusMaraUntukCemerlang ... See MoreSee Less
View on Facebook

.

.

.

TOP