Informasi / Pengumuman

Info Pelajar

ENROLMEN PELAJAR

BIL. PELAJAR LELAKI : 532 BIL. PELAJAR PEREMPUAN : 735 ( JUMLAH PELAJAR : 1267)

Aktiviti / Berita

REAL TALK: MEMBINA KESEDARAN, KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN REMAJAKUANTAN, 21 September 2026 – Program REAL Talk (Sesi 1 – Khas Pelajar Lelaki) anjuran bersama Yayasan OrphanCare (OC) dan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM) telah berjaya dilaksanakan pada 21 September 2026, bertempat di GS Hall, KPMIM.Program yang berlangsung dari 8.00 malam hingga 10.00 malam ini melibatkan seramai 170 orang pelajar lelaki dan menampilkan dua penceramah jemputan khas, iaitu Cik Noor Halimahton Saadiah binti Talib dan Cik Nur Suryati binti Usman.Antara pengisian utama yang dikongsikan merangkumi aspek kesihatan reproduktif, kesedaran kendiri, keselamatan diri serta perhubungan yang sihat. Perkongsian ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan mendapatkan maklumat yang tepat, membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab serta mengenali sistem sokongan yang boleh membantu apabila diperlukan.Kelancaran program turut mendapat sokongan padu daripada barisan fasilitator dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPMIM yang bersama-sama memastikan perjalanan program berlangsung dengan lancar dan interaktif.Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Yayasan OrphanCare, para penceramah, pihak pengurusan KPMIM, barisan fasilitator, MPP serta seluruh pelajar lelaki atas komitmen dan penyertaan yang diberikan.Semoga perkongsian melalui REAL Talk ini dapat memberikan manfaat serta membentuk generasi pelajar yang lebih berpengetahuan, yakin, bertanggungjawab dan cakna terhadap kesejahteraan diri.REAL Talk – Real Knowledge, Real Awareness, Real Impact. #WeAreGenMARA#MerakyatkanMARA#HebatkanMARA#HidupBiarBerjasa#MalaysiaMadani#60TahunMARA #MenjunjungAmanah#KPMIMxtra#teammarvelkpmim ... See MoreSee Less
View on Facebook

.

.

.

TOP