...
DIPLOMA IN ACCOUNTING
Jangka masa program : 2 Tahun
Merupakan program diploma pertama yang diperkenalkan oleh KPM sejak Januari 2000. Program DIA bertujuan melahirkan para pelajar yang berkemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan. Program ini juga dapat membantu melahirkan tenaga profesional di kalangan pelajar Melayu Bumiputera dalam melengkapkan diri untuk sama-sama bersaing untuk membantu Negara mencapai negara maju.
DIPLOMA IN ACCOUNTING + SAP
Jangka masa program : 2 Tahun 4 Bulan (Program Dwi Pensijilan)
Merupakan program diploma pertama yang diperkenalkan oleh KPM bermula Ogos 2023. Program DIA + SAP bertujuan melahirkan para pelajar yang berkemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan serta mempunyai sijil SAP - S/4HANA. Program ini juga dapat membantu melahirkan tenaga profesional di kalangan pelajar Melayu Bumiputera dalam melengkapkan diri untuk sama-sama bersaing untuk membantu Negara ke arah negara maju.