Sejarah Penubuhan

Kolej Profesional MARA (KPM) atau pada mulanya lebih dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM) telah ditubuhkan pada bulan Mei 1977. Sejak penubuhannya sehingga penghujung bulan Julai 1982, KPM/IPM telah ditempatkan di tingkat 2, Bangunan Sing Hoe Motor, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Jumlah kumpulan pertama pelajarnya hanya 100 orang dengan 4 orang tenaga pengajar.

Setelah beberapa kali berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, akhirnya pada 1 Jun 1998, KPMKL telah berpindah ke kampus tetapnya di Lot 2333, Mukim Beranang, Jalan Kajang Seremban, Selangor Darul Ehsan. Kampus KPM yang kedua kemudiannya telah dibuka di Melaka dan diikuti pula dengan KPM Indera Mahkota (KPMIM), Kuantan, Pahang Darul Makmur.

KPMIM menawarkan program pertamanya pada Januari 2001, iaitu Kursus Program Intensif Persediaan (PIP) kepada pelajar yang terpilih untuk mengikuti program Diploma di KPM dan juga pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran mereka di British-Malaysian Institut. Sehingga kini KPMIM menjalankan kursus Preparatory Intensive Programme (PIP), Diploma in Accountancy (DIA), Diploma in English Communication (DEC), Diploma in Computer Networking (DCN) dan Diploma in Creative Digital Media Production (DCD).

TOP