...
Falsafah Pendidikan MARA
“Pendidikan MARA adalah satu usaha berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang’’
FALSAFAH KPMIM
- Pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kebergunaan manusia kepada diri sendiri, masyarakat dan tuhan.
- Kami juga yakin bahawa kolej yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecermerlangan, penyuburan, pekembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti.
- Disamping itu setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.