KELULUSAN PELEPASAN CUTI SEMESTER BAGI PELAJAR
KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA, KUANTAN PAHANG
Perkara diatas dengan hormatnya dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan, semua pelajar Kolej Profesional MARA Indera Mahkota dibenarkan untuk pulang cuti semester bagi sesi 2/2020 bermula daripada tarikh peperiksaan tamat seawal 20 Oktober 2020 hingga 6 November 2020, kecuali pelajar yang rumahnya berada dalam zon merah Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB).
3. Walau bagaimanapun, pelajar mesti merujuk kepada FAQ pulang cuti semester sesi 2/2020 yang telah diedarkan sebagai panduan pergerakan pulang atau kekal di
asrama.
4. Pihak kolej memohon semua pelajar mengamalkan Normal Baharu dan tingkatkan penjagaan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).
PENGARAH KPMIM
Updated by : 19 October 2020
You must be logged in to post a comment.