...
INDIVIDU :
Kaunseling Individu merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela atau dirujuk dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan "Etika Kaunseling”.
KELOMPOK :
Kaunseling kelompok adalah satu proses antara individu (interpersonal process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri serta situasi yang dialami. Proses tersebut menekankan pemikiran yang sedar, perasaan dan kelakuan( Corey, 1990 ).