UNIT KOKURIKULUM

PELAKSANAAN KOKURIKULUM KOLEJ PROFESIONAL MARA

Aktiviti Kokurikulum telah mula diperkenalkan pada 1997 di Kolej Profesional MARA sebagai subjek wajib ambil tanpa diberikan mata kredit. Mulai Ambilan Julai 2006 Kursus Kokurikulum telah diwajibkan sepertimana kursus - kursus teras dan wajib lain. Ini bermakna, setiap kegiatan yang diceburi oleh para pelajar akan diberi jam kredit dan ianya disyaratkan lulus untuk melayakkan penganugerahan Diploma bagi semua program peringkat diploma (termasuk Higher National Diploma) di KPM.

Aktiviti Kokurikulum ini digarap untuk memenuhi ciri-ciri berikut:-
Fleksibel
Memenuhi semua citarasa (berkumpulan/individu)
Penglibatan kesemua pelajar dan warga kolej
Pendekatan berorientasikan pelajar

OBJEKTIF: AKTIVITI KOKURIKULUM

Untuk memenuhi hasrat KPM mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi graduan yang lebih matang.
Untuk melatih aspek kepimpinan dengan menitikberatkan disiplin, organisasi dan kerjasama kumpulan dalam kalangan pelajar.
Untuk memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran diri terutama dalam bidang keusahawanan.
Untuk memupuk semangat kerjasama dan mementingkan keharmonian persekitaran.
Memenuhi aspirasi Kerangka Tansformasi Strategik MARA 2011-2020 untuk melahirkan modal insan global dan berintegriti.

TERAS KHIDMAT MASYARAKAT

Aktiviti ini membantu meningkatkan tahap kebersihan kolej.
Kolej dapat mengoptimumkan plan pembangunan "bumi hijau" kolej yang menjadi teraju kepada kecerian dan menjaga imej ' kolej di mata organisasi dan masyarakat setempat.
Pelajar memainkan peranan dalam menjaga kampus dengan menjadi lebih ceria, bersih dan kondusif untuk suasana pembelajaran.
Pelajar perlu dipupuk dengan semangat " ownership" dan sifat menghargai kampus masing-masing.

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM

  1. BADAN BERUNIFORM
    Kadet Bomba
    Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
  2. KELAB DAN PERSATUAN
    Kelab Kembara
    Kelab Seni dan Kebudayaan
    Kesihatan dan Kecergasan
    Seni Persembahan
    Seni Muzik
    Nasyid
    Frisbe
  3. SUKAN
    Bola Sepak
    Bola Jaring
    Badminton
    Bola Tampar
    Ragbi
    Ping Pong
    Sepak Takraw
    Tenpin Boling
    Petanque
    Futsal
    Catur
    Memanah

Borang Pinjaman Alatan Sukan

TOP